Wednesday, 15 November 2017

Keputihan berwarna coklat, berbau dan gatal-gatal


KEPUTIHAN







"Doktor, saya ada masalah keputihan la. Dan saya tak tau sama ada ianya keputihan biasa atau tak. Sebab saya selalu je ada keputihan tiap kali nak datang haid.
  Tapi Doktor, keputihan kali ni dah 3 hari gatal gatal kat bawah, rasa tak selesa,
ianya berbau dan berwarna kelabu".

Akhirnya, setelah kenal pasti itu memang keputihan serius, Doktor bekalkan ubat krim untuk dimasukkan ke dalam faraj.
Ada tak dikalangan wanita diluar sana yang ada pengalaman macam ni?


APAKAH ITU PENYAKIT KEPUTIHAN



Lelehan lendir yang berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj wanita.

Lendir ni sebenarnya bertujuan untuk melindungi dinding saluran faraj kita. Jika tidak faraj kita akan kering.

Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Ramai wanita beranggapan keputihan itu adalah perkara biasa dan ia adalah petanda kepada kitaran haid namun perlu diingat bahawa wanita harus membezakan sama ada ianya keputihan lelehan lendir daripada faraj secara semulajadi atau ianya keputihan yang serius dan memerlukan rawatan.


JENIS-JENIS KEPUTIHAN



i) FISIOLOGIS

Ianya keputihan normal dan bukanlah suatu penyakit. Ianya berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid).
Lelehan lendir yang putih atau krim, tidak berbau dan tidak gatal pada bahagian faraj.

ii) PATOLOGIK

Ianya terjadi disebabkan jangkitan kuman dan memerlukan rawatan.
Lelehan lendir yang kental dan melekat.
Berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau dan mengalamai gatal-gatal disekitar faraj, faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang.




FAKTOR-FAKTOR KEPUTIHAN


i) Kebersihan

Bahagian sulit (faraj) perlu dijaga dengan bersih agar jangkitan kuman tidak berlaku.
Kelembapan pada bahagian sulit akan menggalakan pertumbuhan dan jangkitan kulat dan bakteria.
Sentiasa mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan pastikan ianya kering selepas dicuci.

ii) Hormon

Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh.  Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:

a. Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj (Alhamdulillah, kandungan saya yang ke 5 tiada masalah keputihan ni)




b. Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan mikro organisma patogen seperti bakteria atau kulat.




c. Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkoordinasi penghasilan hormon yang seimbang.



d. Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah.


iii) Gaya Hidup

Aktiviti seks rambang lebih daripada seorang pasangan lebih

cenderung kepada pelbagai jangkitan pada bahagian sulit.


iv) Kesihatan


Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj.
Wanita yang mempunyai sistem daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS, barah, leukemia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.

TIPS UNTUK MENCEGAH PENYAKIT KEPUTIHAN



i) Sentiasa pastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih 
   dan kering

ii) Elakkan penggunaan pembersih faraj yang mengganggu
     kestabilan PH atau yang menyebabkan kegatalan

iii) Sentiasa menukar tuala wanita (semasa haid)

iv) Gunakan panty liner

v)  Elakkan semburan mana-mana wangian pada faraj


vi) Menggunakan ubat mengikut cara yang betul yang disarankan
      oleh Doktor


vii) Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan
      gula yang tinggi


viii) Amalkan gaya hidup sihat


ix) Top up dengan vitamin @makanan tambahan

sumber:myhealth




VITAMIN UNTUK KEPUTIHAN

i) Vivix
Memberi tenaga dan memperbaiki masalah hingga ke peringkat sel/DNA

1 sudu teh setiap pagi/malam

ii) Alfalfa
Mempunyai sifat antikulat
Juga sebagai kacip fatimah moden




10 biji sehari selepas makan
3. Garlic
Antibiotik semulajadi dan membunuh kulat



1 @ 2 biji selepas makan

4. B complex
Kekurangan B complex boleh menyebabkan infeksi vagina






1 biji sehari selepas makan
5. GLA complex
Berkesan sebagai bahan antikulat dan stabilkan hormon

2 biji sehari selepas makan

Oh ya, vitamin ni harusla dimakan secara konsistent dan hendaklah ikut sukatan. Juga harus diingat bahawa vitamin-vitamin ini memerlukan pengambilan air yang banyak untuk mendapatkan kesan yang optimum dan cepat.

Banyak mana air tu ye? 3 liter sehari @ 2 botol besar air mineral yang 1.5 liter tu.

Pengalaman saya dengan vitamin ni? Ya tentunya saya dah amalkan B-Complex sepanjang mengandung, Alfalfa lepas bersalin 40 hari saya terus ambil. Kenapa lepas 40 hari baru saya makan alfalfa ye? Boleh terus menghubungi saya sesiapa yang nak tau lebih lanjut di kedai kekda atau WhatSapp 0176478272





















Thursday, 9 November 2017

ANAK KENA OPERATE SEBAB TONSIL TAHAP 3


TONSIL BENGKAK & CARA MENGATASI

APA ITU TONSIL

Assalamualaikum w.b.t

Pagi ini 9hb November 2017, saya dikejutkan dengan berita kematian kawan anak saya Darjah 3. Memang kita akan kembali kepada Allah apabila tiba saatnya tetapi cara dan masa bila semuanya itu adalah rahsia daripada Allah.

Saya dapat tahu arwah pada mulanya ada mengalami penyakit tonsil. Juga datang selsema, tidak boleh makan dan minum. Sekolah pun banyak kali tidak hadir atas kesihatan arwah yang tidak memberansangkan.

Beberapa rawatan telah dilakukan setelah arwah dimasukkan ke hospital. Namun arwah pergi menemui Pencipta-NYA pada pagi tadi. Teringat arwah, saya pun teringat anak saya.

Tahun lepas anak saya Faiz juga mengalami masalah tonsil.

PUNCA TONSIL

Tonsil akan datang apabila anak saya mengalami demam lebih 3 hari. Tahun lepas anak saya mesti akan demam setiap sebulan sekali dan tidak akan hadir ke sekolah. Setiap kali demam, setiap kali itulah kami akan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Sehinggalah doktor di klinik swasta menyarankan agar anak saya perlu di buat pembedahan membuang tonsil kedua-dua belah kerana ia sudah berada di Tahap 3. Dan kami terus berurusan dengan agen insurans PRUDENTIAL  BSN TAKAFUL untuk memastikan agar kos pembedahan membuang tonsil  di cover oleh insurans. Alhamdulillah polisi insurans tiada masalah dan pembedahan pun dilakukan dalam masa 2 minggu selepas berjumpa dengan Doktor Pakar di Hospital Pantai Ipoh, Perak.

 
Haa... kat bawah ni anak saya sebelum operation tu... senyum je dia...operation tu ambik masa setengah jam seingat saya la... habis je operation, bila anak saya dah sedar, doktor yang in-charge tu panggil saya untuk melihat  anak saya. Anak saya menangis mungkin sakit kesan operation tu dan saya  mendengar suara anak saya jadi garau.


Itu biasa doktor cakap. Nanti suara dia akan kembali seperti biasa.


Gambar yang ke-2 tu gambar selepas operation. Anak masih tidur selepas saya memujuk dia daripada menangis tadi.













Setelah anak saya sedar daripada tidur, saya terus bagi makan makanan yang lembut-lembut, minum air dan makan aiskrim atas arahan doktor. Kena makan dan minum untuk kesan pembedahan tersebut cepat pulih. Memang anak akan menangis meraung sebab sakit kat dalam tekak tu kesan pembedahan tersebut.

Anak saya pulih daripada pembedahan tonsil tersebut dalam masa 2 minggu. Setiap seminggu kena follow up di hospital supaya doktor dapat pastikan bahawa luka tersebut benar-benar pulih, tiada pendarahan dan tiada bernanah di dalamnya.

Doktor bekalkan ubat pada anak saya iaitu:
i) spray untuk dispray ke dalam mulut tiap kali tiba waktu makan kerana pada masa ni sakit untuk menelan. Dan spray tersebut membantu mengurangkan kesakitan dan ia rasa kebas.
ii) strepsil (ubat sakit tekak)
iii) antibiotik


Selain ubat doktor, saya bekalkan anak saya Chewable Vitamin C untuk luka pembedahan tersebut cepat pulih.



Alhamdulillah, selepas 2 minggu, anak saya semakin pulih daripada pembedahan tonsil dan boleh pergi ke sekolah seperti biasa. Tidur malam pun dah semakin kurang berdengkur. Saya masih ingat kata-kata doktor selepas membuang tonsil, mesti tidur tidak lagi berdengkur.

 
RAWATAN UNTUK KECUTKAN TONSIL

 
Sebelum saya mengenali shaklee, saya hanya bergantung pada ubat klinik dan hospital setiap kali anak saya sakit. Apabila dah kenal shaklee dan amalkan pengambilan vitamin yang konsisten, anak saya dah jarang demam.


Sehingga sekarang saya bekalkan anak saya:-
i) Chewable Vitamin C  untuk menyokong sistem imunisasi badan, kurangkan demam, selsema dan batuk;
ii) Omega Guard sekiranya anak saya mengalami batuk-batuk dan juga ia membantu untuk meningkatkan tahap pembelajaran anak saya. 

Jadi pada masyarakat diluar sana, sekiranya ada dikalangan anda rasa tidak sihat, demam ke atau rasa susah untuk menelan (tu tonsil la ikut pengalaman saya) atau doktor sahkan demam tu penyebab kepada tonsil.

 
Disini saya sarankan beberapa vitamin yang boleh mencegah  tonsil menjadi semakin teruk dan untuk yang takut berdepan dengan pembedahan membuang tonsil.

Kalau nak tahu, kos pembedahan membuang tonsil di hospital swasta adalah lebih kurang RM9****.00 lebih. Boleh untuk buat pembedahan di Hospital Kerajaan tapi mungkin kena tunggu masa yang agak lama memandangkan kena tunggu giliran dan ikut pada tahap mana tonsil tersebut.

Jadi sekiranya kita sayangkan keluarga kita takut jadi semakin teruk disebabkan tonsil tu dan mesti rasa kesian kan tak boleh makan, minum, tak pergi sekolah dan macam macam lagila... apa kata kita bekalkan mereka dengan vitamin shaklee.





GARLIC
Bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Menghalang jangkitan bintik-bintik putih atau kuman

OMEGA GUARD
Bertindak sebagai antiradang untuk mengecutkan tonsil yang bengkak. Membantu mengurangkang rasa pedih dan sakit pada tonsil .

VITAMIN C
Menyokong sistem imunisasi badan. Kurangkan demam, selesema dan batuk.

NUTRIFERON
Membantu mengurangkan kelesuan badan dan mengelakkan tonsil membengkak dengan lebih besar.


Untuk mendapatkan Vitamin dengan harga yang lebih jimat, anda hendaklah mendaftar ahli Shaklee terlebih dahulu dan saya sedia membantu anda.



Sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan Vitamin Shaklee, boleh terus menghubungi saya di WhatSAPP www.wasap.my/60176478272
Fb page: vitaminsihatcergas
Ig : raidarizal
COD: Teluk Intan, Langkap, Simpang Empat, Bagan Datok, Kg Gajah
POS: Seluruh Malaysia






Tuesday, 7 November 2017

KHASIAT BAWANG PUTIH @ANTIBIOTIK SEMULAJADI


BAWANG PUTIH -ANTIOKSIDAN SEMULAJADI

Kenapa orang kata bawang putih (garlic) ni baik utk kesihatan?

Amalkan makan bawang putih terutama ibu dalam pantang untuk masalah angin





Assalamualaikum dan selamat pagi semua.... hari ni saya nak sambung pasal khasiat bawang putih...

Siapa yang pernah makan bawang putih? Mestilah semua orang pernah makan sebab bawang putihkan wajib dalam masakan. Juga orang tua dulu-dulu menggunakan bawang putih sebagai  natural antibiotik. Ini kerana dalam bawang putih tu ada satu bahan aktif yang dipanggi ALLICIN yg bertindak sebagai anti bakteria. Perasan tak bawang putih ni tahan lama? kalau bawang merah ke halia ke mesti dah lama rosak kan? 

Antara khasiat allicin ni ialah:-
i) merendahkan kolesterol
ii) menghalang pembentukan darah beku
iii) anti-hipertension, anti kanser, antioksidant
iv) antibiotik semulajadi dan antibakteria yang berfungsi membunuh bakteria penyebab kepada jangkitan pada gusi atau sakit gigi; dan
v) memulihkan masalah kembung perut dan meningkatkan tahap kehadaman

Amalan bidan kepada ibu-ibu dalam pantang untuk membuang angin ialah bawang putih ialah dengan bakar atas api atau panggang, tumbuk2, gaul dengan nasik putih.
Ada juga amalan untuk elak sakit gigi ialah dengan meletakkan bawang putih pada gigi yang sakit, selepas 5 minit, keluarkan dan bilas mulut dengan air suam

Banyak cara masakan  nak bagi bawang putih ni sedap. Antara yang saya pernah buat:-
i) buang kulit, ketuk-ketuk pastu bakar , bila dah kekuningan, ambik makan gaul ngan nasi panas2 (ini mak bidan yang ajar);
ii) buang kulit, isinya potong kecik2 pastu tabur atas roti yang disapu dengan planta dan dibakar menggunakan dry pan atas dapur.... (ini pula suami yang ajar)  sedap tau...



Tapi kadang-kadang tak sempat nak buat dan  malas pun ada...JANGAN RISAU.. ada vitamin yang sama fungsinya dengan bawang putih ni iaitu  VITAMIN  GARLIC COMPLEX. Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%.
Tak boleh makan bawang putih? proceed ngan Garlic Complex je sebab senang
Harga: RM56.25
Mempunyai 60 biji
Cadangan Pengambilan: 2 biji  sehari

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut berkenaan dengan nutrisi untuk mengelakkan daripada sakit gigi dan gusi bengkak berulang boleh hubungi saya di kedai kekda / whatsapp 0132171534




Sunday, 5 November 2017

Pengalaman sendiri mengamalkan Set Pantang Shaklee

PENGALAMAN MAKAN SHAKLEE  SEMASA HAMIL & PANTANG UNTUK KEKAL SIHAT

& BERTENAGA


Alhamdulillah......pejam celik pejam celik baby dah 2 bulan lebih... semakin bambam... sentiasa sihat alhamdulillah...  ni anak ke 5 kekda yg mana 4 laki 1 pompuan.. cukupla tu... umur pun dah 37.. mengandung lagi banyak risikonye lak... tapi sekiranya ada lagi rezeki untuk ada baby baru apa salahnya... rezeki jangan ditolak..



Pantang anak ke-5 kali ni kekda 100% amalkan vitamin shaklee sepanjang dalam pantang dan tak ada ambik satu pun ubat-ubat lain walaupun ubat kampung... kalau nak tau dari start sebelum mengandung lagi kekda amalkan makan vitamin ni. Yang paling ketara dan tak pernah tinggal ialah :-



1. Vitamin C


Sebab untuk nak tambah imuniti badan. Untuk nak sentiasa sihat. Kerja cam kekda ni tak sempat nak rehat. 

Sesiapa yang kena jahit semasa proses bersalin tu tak kisahla normal ke ceaser ke, vit c ni bagus untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Juga kekda ada selsema semasa dalam pantang, kekda ambik 2 biji kooo vit ni .. dan juga baby masa tu hidung sumbat.. kesian baby tak boleh tidur malam.. Alhamdulillah berkat doa, ambik vit c ni baby dah tak sumbat hidung.



2.  Energising Soy Protein (ESP)


Kekda sangat suka minum ni. Sebelum mengandung kekda memang ada gastrik sebab tak jaga waktu makan. Asyik kejar waktu je. Kadang2 kalau bawak makanan ke ofis, bila dah tengok bertimbun2 fail atas meja, tengok fail dulu. Takpun tengah makan, org datang untuk nak mintak nasihat.  Penyudahnya makanan sampai le ke tengahari.

Bila dah minum ESP ni rasa kenyang la , bila tak sempat makan pagi, belum lagi kekda rasa gastrik sepanjang kekda minum. Sampaila ke mengandung minum ESP . Sebab asyik lapar kan. Kadang-Kadang tu tengah malam bila dah lapar sangat sampai tak boleh tidur, terpaksa ambik ESP. Haaa baru boleh tidur.

Ni nak bagitau.. orang mengandung kena minum air gula kan? haa kekda kena 2 kali minum .. dua 2 kali ni... sebelum pukul 10 malam kekda minum ESP 3 sudu. Sampai la pagi esoknya lebih kurang pukul 8 pagi baru boleh minum air gula yang nurse bagi tu.. Eh  kekda ok je minum air gula tu tapi dengor2 ramai ibu-ibu tak suka atau tak boleh habiskan air gula tu.. Alhamdulillah kekda tak pernah muntah tiap kali minum air gula tu.

Yang nak bagitau sebenarnya antara pukul 10 malam hingga 8 pagi tu kekda rasa ok bertenaga takde lapar sebab biasanya kalau tak minum ESP sebelum tidur, haa tunggula pukul 1 pagi wasep kat suami mintak carikan makanan roti canai ke nasik ke ... he he

Dan sekarang pun ESP masih tak tinggal sebab ia juga vitamin yang sesuai semasa dalam pantang dan bagus untuk penyusuan. Menjadikan susu lebih pekat. Menjadikan ibu sentiasa kenyang. Semasa dalam pantang, Kekda suka minum ESP pada waktu pagi pukul 7.30 pagi dan makan dengan roti  ke atau biskut. Kadang-kadang ESP tu bancuh dengan milo. Itu je yang kekda makan di waktu pagi semasa dalam pantang. Sampaila tengahari baru makan nasi.

Esp ni selain pulihkan gastrik, ia menjadikan kekda bertenaga semasa hamil, bertenaga semasa dalam pantang, meriahkan susu dan mengenyangkan.



3. Ostematrik


Haa ni lagi satu dari sebelum mengandung kekda ambik. Sangat best, puas hati... ambik 4 biji setiap malam sebelum tido. Untuk apa? Senang buang air besar oppsss... sebab kekda memang sembelit.. pagi tu laju je kalu membuang... Lagi?

Ia bukan kalsium biasa tau....Kalsium penting untuk pembinan tulang, gigi, sel drah dan sebagainya. Orang perempuan ramai kehilangan kalsium? agak2 waktu bila? haa ketika datang bulan, ketika mengandung, ketika menyusukan anak.

Kekda sentiasa bayangkan kalau aku tak ambik vitamin untuk kalsium ni, mesti lama -kelamaan kalsium dalam badan akan hilang. Terpikir kang gigi pulak sakit, pastu kena cabut, pastu dah takde gigi. Perasan tak mak-mak kita ramai yang dah takde gigi tau  sebab kalsium tu baby dah ambik sikit semasa mengandung hari tu. Dan semasa menyusu pun, kalsium hilang.

Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu . Disamping dapat menyalurkan kalsium pada anak yang menyusu, ia juga dapat mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh ibu.


Fungsi?Antaranya yang kekda boleh kongsikan ...........
i) Tiada masalah sembelit. Biasaya selepas bersalin  dalam seminggu tu orang takut nak membuang kan? Sebab sembelit kan? Takut nak teran
ii) Baby tiada masalah sembelit
iii) Gigi semakin kuat dan tidak berdarah (pernah dalam pantang sakit gigi n nyilu)
iv) Tiada  masalah kejang kaki
v) Bantu banyakkan susu
vi) Tiada masalah sakit belakang

Itulah dia pengalaman kekda  daripada sebelum mengandung, semasa mengandung dan dalam pantang.

banyak piliham ikut bajet

ni susu perah dalam kereta semasa dalam pantang


haaa ni la baby kekda...........


ok... jom... ada ibu-ibu yang nak cuba set shaklee ni tak?


Sekiranya memerlukan konsultasi lebih lanjut berkenaaan set pantang shaklee ni dan ingin mencubanya, boleh
Hubungi saya di WhatSAPP www.wasap.my/60176478272
Fb page: vitaminsihatcergas
Ig : raidarizal
COD: Teluk Intan, Langkap, Simpang Empat, Bagan Datok, Kg Gajah
POS: Seluruh Malaysia
menghubungi saya di 0132171534







Thursday, 11 May 2017

CARI DUIT LEBIH UNTUK RAYA

DUIT DAN RAYA

Assalamualaikum w.b.t


1 Ramadhan 1438 Hijrah akan menjelma tidak lama lagi. Setelah sebulan berpuasa, semua umat islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semua sudah cukup simpanan ke untuk nak beli barang-barang yang sepatutnya? Oh ya, bagi yang bekerja di sektor awam, tentunya ada bonus Hari Raya kan? Pekerja Swasta ada tak bos bagi? Surirumah pun mesti teringin nak tukar barang rumah kepada yang baru kan? Tapi mesti ada rasa kesian kat suami sebab nak beli semua tu kena mintak ngan suami.


Setiap kali kita dengar, bila nak sambut puasa atau raya je, mesti harga barang naik. Tak kisahla barang basah ke barang kering.  Zaman ekonomi yang semakin mencabar ni, tentu semua orang mencari-cari apa pendapatan sampingan yang boleh dilakukan untuk buat tambah belanja dapur. Bukan nak buat belanja dapur je tapi nak beli baju baru ke kasut baru  ke dan apa-apa la janji  takde nampak selekeh  sangat di musim perayaan.  


Itu baru bab raya. Belum bab hari-hari lain yang bukan hari raya. Contohnya duit bernilai RM50.00 pergi kedai beli barang dapur. Tak banyak beli pun tapi tinggal berapa je baki yang ada. Esok kang pecah lagi duit RM50.00 tu. Sebabnya harga barang-barang keperluan semua dah naik. Jadi di sini tujuannya sama je, kalau boleh nak cari pendapatan sampingan yang tidak merlukan modal yang besar dan tidak membebankan diri sendiri.




JANA DUIT DENGAN SHAKLEE


Sebenarnya saya tak tau pun shaklee ni wujud. Sebelum kenal shaklee, ada jugala perniagaan MLM lain yang saya dan suami daftar. Tapi bukan atas kerelaan sendiri. Disebabkan kawan yang suka memujuk, telefon, datang rumah dan sebagainya. Daftar dulu untuk jadi ahli, dengan harga ahli tu kemudian beli barang. Padahal baru je kenal jenis produk MLM tu.


Kami pakai sendiri barang tu. Rasanya sepanjang ceburi MLM tu, tak pernah saya dapat bonus daripada syarikat tu ataupun untung runcit sekalipun. Sebab apa? sebab kami suami isteri tak suka menjual, tak BERMINAT  dan takde masa nak bisnes-bisnes MLM ni.


Bermula lah cerita dengan kami mencuba produk makanan tambahan shaklee. Kami makan produk tu sebab kami nakkan nutrisi dalam tu dan ingin menjadi lebih sihat dengan shaklee. Bila kami rasa  produk tu sesuai dengan kami, kami join ahli.  Setelah suami bagi lampu hijau, saya tanya orang yang perkenalkan shaklee kepada saya camana nak jadi ahli. Bukan upline yang paksa-paksa.


Sepanjang saya kenal Shaklee, belum pernah lagila saya dengar kes saman Shaklee. Orang yang memfitnah shaklee banyak. Kata kesihatan dia semakin terjejas la dan viral pulak tu. Takpe, kalau tak puas hati dgn  produk shaklee, complain je dan pihak Shaklee akan turun padang. Shaklee bukan seperti MLM yang bersepah kat luar tu. Shaklee mempunyai kajian penyelidikan yang berpuluh-puluh tahun. Bukan seperti produk yang banyak di pasaran. Entah ada ke tidak kajian penyelidikan.



Kenapa saya mengatakan Shaklee adalah platform terbaik untuk jana pendapatan sampingan?
  • Hanya memerlukan modal yang rendah dan tidak perlu modal ribu riban
  • Bisnes secara online dan offline
  • Tidak mengganggu wanita yang bekerjaya, isteri dan ibu
  • Tidak perlu keluar rumah mencari pelanggan (sesetengah orang selesa dengan mencari pelanggan diluar)
  • Hanya keluar rumah apabila perlu COD barang, pos atau sesi perjumpaan dengan upline
  • Cara kerja yang flexible, malam pun boleh ambik order
  • Boleh bekerja di mana-mana. Tengah makan dikedai pun boleh ambik order
  • Bisnes yang santai dan boleh bawa anak-anak sekiranya ada perjummpaan
  • Selalu berbincang atau mendapatkan pendapat daripada upline atau sideline berkenaan sesuatu pertanyaan produk
  • Sentiasa ada kelas bimbingan sesama ahli




Grup besar kami-IREACH FAMILY



Bersama Founder Ireach -Master Lyna DAN Master Z



Al-Fateh Empire-



Grup biras


BAGAIMANA UNTUK MENJADI PENGEDAR SHAKLEE
  1. Daftar ahli shaklee dengan bayaran sebanyak RM 80.00 (Semenanjung) dan RM90.00 (Sabah @ Sarawak); ATAU
  2. Beli mana-mana kombinasi produk shaklee melebihi 200 mata (lebih kurang RM700.00)



beli 2 vivix-224 mata 


KELEBIHAN PRODUK SHAKLEE BERBANDING PRODUK LAIN
  • Produk dijamin selamat kerana berasaskan tumbuhan semulajadi
  • Telah melalui ujian klinikal dan mendapat pengiktirafan FDA
  • Sekiranya membuat pembelian dengan harga ahli, tentunya dapat banyak penjimatan. Sekiranya pembelian melebihi mata, ganjaran akan diberikan dalam bentuk wang tunai setiap bulan
  • Dan sekiranya membuat penjualan produk, ahli akan mendapat untung runcit dari hasil penjualan tersebut.

Jadi, di sini, sesiapa sahaja boleh menjana pendapatan melalui bisness shaklee. Sekiranya banyak permintaan dari luar untuk dapatkan produk dari kita, maka lagi banyaklah income akan masuk. Kan seronok tu. Kerja santai-santai tak perlu perah otak, pecah kepala tapi tiap bulan ada income masuk. Sempat lagi ni nak cari duit raya. Yang penting kena sentiasa rajin dan berusaha lebih.


Ingin mendaftar ahli shaklee dibawah saya?

  1. Boleh pergi ke mana-mana cawangan shaklee, isi borang dan buat bayaran. Harus diingat, yang ingin mendaftar memerlukan seorang penaja. Boleh gunakan ID saya 1111081; ATAU
  2. Maklumkan pada saya yang anda berminat untuk jadi ahli dan saya akan membuat pendaftaran hanya melalui online sahaja.
Hubungi saya di WhatSAPP www.wasap.my/60176478272
Fb page: vitaminsihatcergas
Ig : raidarizal
COD: Teluk Intan, Langkap, Simpang Empat, Bagan Datok, Kg Gajah
POS: Seluruh Malaysia


SELAMAT MENYAMBUT 1 RAMADHAN 1438 (hijrah)







Wednesday, 10 May 2017

ORANG CAKAP BULAN PUASA BULAN UNTUK KURUSKAN BADAN. YE KE?

BULAN PUASA BULAN KURUSKAN BADAN



Assalamualaikum w.b.t

Hari ini merupakan hari cuti umum sebab cuti Wesak. Hari cuti ni ada ke yang tengah ganti puasa wajib tahun lepas? Saya memang tengah ganti puasa hari ini. Insya Allah sempat habis sebelum datang puasa kali ni. Sebenarnya saya cuba untuk ganti puasa sebelum ni tapi memandangkan bacaan tekanan darah tinggi saya rendah dan masa tu saya baru baru mengandung, jadi suami tak galakkan saya berpuasa. Alhamdulillah sekarang dah ok jadi saya boleh untuk ganti puasa.

Sebenarnya hari ni saya nak cerita pasal orang yang nak kurus pada bulan puasa. Orang selalu target bulan puasa ialah bulan untuk kurus. Tapi berapa kerat je yang betul betul capai target? Sebab apa? sebab bila tiap kali berbuka, semua jenis makanan dia makan. Siang hari puasa, pergi Bazar Ramadhan, nampak itu beli nampak ini beli, padahal kat umah dah masak tu. Bila tiba waktu berbuka, tengok makanan banyak lagi. Rasa rugi dan membazir pulak dengan makanan semua tu. Bila rasa rugi, makan lagi sampai dah kenyang sangat-sangat. Masa ni banyaknya kalori masuk dalam badan. Bila pengambilan kalori lebih, berat badan  pun akan bertambah. Penyudahnya solat magrib dalam keadaan lemah, penat sebab makan banyak. Lepas tu? tidur tak sempat pergi tarawikh.

Pernah dengar tak tidur selepas makan menggemukkan? Sebenarnya itu MITOS je. Tidur selepas makan pun, proses pencernaan tetap berjalan, cuma naik turun berat badan ialah bergantung pada jumlah pengambilan kalori dalam satu hari. Lebih banyak kalori diambil, berat badan bertambah.

Sebenarnya tidur selepas makan adalah tidak digalakkan sama sekali. Apabila kita tidur selepas makan, ia akan melambatkan proses penghadaman, kesannya kita sukar untuk membuang air besar akibat makanan yang tidak hadam tadi, tubuh jadi lemah dan tidak bermaya.

Selain itu, ia membawa kepada risiko serangan strok. Ini kerana sistem pencernaan kita bekerja keras untuk mencerna ketika tidur dan memberi kesan kepada peningkatan darah, kadar gula dan kolestrol yang menjadi punca serangan strok. Jadi rehat dulu perut tu sebelum tidur.

Terlebih makan boleh undur balik tak? Jawapannya tak boleh tapi ada cara penyelesaiannya iaitu sediakan SET KURUS SHAKLEE di rumah. 



SET KURUS SHAKLEE ada 2 set.
  • Set Kurus Asas
  • Set Kurus Lengkap

Set Kurus Asas


Lecithin
  • diekstrak dari kacang soya organik bukan -GMO
  • bertindak sebagai pemecahan lemak dan kolestrol
  • menghalang obesiti, mempercepatkan pembakaran lemak
  • mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menghalang terjadinya penyakit batu karang
  • meningkatkan daya ingatan dan ringankan stress
  • menghalang tekanan darah tinggi
  • perbaiki prostat lelaki
  • meringankan sembelit, meleraikan toksin dalam usus
  • Harga RM55.00  sebotol ada 120 kapsul
  • Dos yang dicadangkan: 3 kapsul setiap 2 kali sehari (pemeliharaan kesihatan); 6 kapsul setiap 2-3 kali sehari (pelangsingan, tekanan darah tinggi dan pemecahan lemak) 
  • Diambil sebelum atau selepas makan

OmegaGuard
  • mengandungi Asid Lemak Omega-3 yang berfungsi dalam pembakaran lemak dengan membantu badan bertindak balas dengan baik terhadap hormon yang dipanggil "Leptin" (nipis) dimana Leptin akan memberitahu otak untuk mengurangkan selera makan, meningkatkan metabolisme, da menggalakkan badan untuk membakar lemak bagi menghasilkan tenaga
  • mencegah penyakit saluran darah dan strok
  • baik untuk mata, membekalkan EPA menyihatkan jantung dan sendi
  • membekalkan DHA bagi perkembangan dan fungsi otak
  • setiap bulan, saya akan pastikan stok Omegaguard ni sentiasa ada di rumah kerana selalu ada permintaan yang tinggi terutama kawan-kawan suami yang mencari produk untuk mengawal kolestrol dalam badan
  • Harga RM136.25 sebotol ada 90 kapsul
  • Dos yang dicadangkan: 2-4 kapsul, 2 kali sehari (pemeliharaan kesihatan); 2 kapsul setiap 2 kali sehari (sakit tulang, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi)
  • Diambil sebelum atau selepas makan 

Alfalfa

  • fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang dipecahkan oleh Lecithin dan Omega
  • singkirkan lemak dan kolestrol
  • mencuci hati, darah dan usus
  • melawan alahan
  • membaiki masalah penghadaman seperti kembung, gastrik, hepatitis dan sembelit
  • sebagai penggalak susu untuk ibu menyusu dan dikecualikan kepada baby yang ada kuning
  • juga membantu  membesarkan payudara dan menganjalkan punggung
  • melawan tumor
  • legakan keletihan dan melawan atritis
  • Harga RM57.50 (S) & RM102.50 (L) sebotol ada 330 biji dan 700 biji
  • Dos yang dicadangkan: bagi yang tak pernah ambil alfalfa, ambil 4 biji terlebih dahulu (2 biji selepas sahur dan 2 biji selepas berbuka)
  • Sekiranya normal dan tiada masalah, boleh proceed ke 5 biji selepas sahur dan 5 biji selepas berbuka



Set Kurus Lengkap

Alfalfa

Lecithin

OmegaGuard
 

Chinch Shake Mix
  • 24g protein setiap hadangan membantu kita berasa puas   dan kenyang
  • tinggi kandungan serat 
  • sesuai untuk pengidap kencing
  • disediakan secara bancuhan
  • Harga RM181.25

ESP (Energizing Soy Protein) 
  • membantu mengurangkan berat badan
  • membekalkan tenaga berpanjangan, bagus diamalkan ketika bulan puasa
  • membantu membekalkan susu ibu
  • kaya dengan protein dan kalsium
  • 1 hidangan =2x ganda daging, 4x ganda telur, 12x ganda susu
  • tiada kolestrol, rendah lemak, mudah diserap, rasa kenyang
  • Harga RM161.25
  • disediakan secara bancuhan

Herblax
  • membuang toksin dalam badan
  • membersihkan najis yang tersumbat
  • mengempiskan perut
  • Harga RM57.50  sebotol ada 120 biji
  • Dos yang dicadangkan : 2 kali seminggu. 4 biji setiap kali  dan diambil sebelum tidur; pembersihan usus/lawan kanser : 2 kali sehari, 3 biji setiap kali

Chinch Tea Mix
  • penggalak tenaga semulajadi
  • kandungan taurina akan meningkatkan tenaga dan ketahan badan
  • minuman pengganti kopi, soda dan manisan
  • Harga RM131.25 (ada 28 stick)
PILIHAN ATAS MASING-MASING MENGIKUT BAJET

SET KURUS =SET MENYUSU


TESTIMONI SET KURUS


CHINCH ADA PERASA VANILLA  DAN COKLAT

ALFALFA+LECITHIN


Ada orang mengambil set kurus ni mengikut bajet masing-masing. Sekiranya anda berminat untuk mencuba set kurus tetapi ada kewangan yang terhad, boleh menghubungi saya melalui :

 
Hubungi saya di WhatSAPP www.wasap.my/60176478272
Fb page: vitaminsihatcergas
Ig : raidarizal
COD: Teluk Intan, Langkap, Simpang Empat, Bagan Datok, Kg Gajah
POS: Seluruh Malaysia