Thursday 19 April 2018

Pengalaman saya mengalami Tekanan Darah Rendah Semasa Hamil

Penyebab dan Rawatan kepada Hipotensi

 

Adakah anda tergolong di dalam Hipotensi?

Boleh klik hipotensi untuk mengetahui lebih jelas apa itu Hipotensi  

Tau tak tekanan darah akan sentiasa bertukar sepanjang hari?

Ia akan jadi rendah bila tidur dan tinggi bila bangun.
 
Sesetengah orang mengalami tekanan darah rendah sepanjang masa, tiada tanda, tiada gejala dan itu adalah normal.

Juga tekanan darah boleh berubah menjadi tinggi jika dalam keadaan teruja, aktif atau takut.

 
Pengalaman saya?

1) Semasa Hamil 2 kali tekanan darah rendah
2) 2 kali bacaan diambil semasa dalam labour room tahun lepas, dan dua dua kali bacaan tersebut tinggi.

Saya pernah terbaca dalam penulisan catatan Dr Zubaidi  berkata tekanan darah rendah kepada wanita hamil boleh berlaku kerana hormon yang dikeluarkan ketika hamil dan menyebabkan saluran darah boleh menjadi kembang dan secara tidak langsung menyebabkan tekanan darah tersebut menjadi rendah.


Pening kepala, kepala rasa berpusing pusing, tak tahu nak cakap sehinggakan saya terpaksa ambil cuti rehat selama seminggu tapi itu hanya berlaku pada usia awal kehamilan sahaja.

Keadaan semasa ibu hamil mengalami Hipotensi

Bila saya dah rasa macam mana keadaan semasa tekanan darah rendah, saya jadi nak tahu apa yang menyebabkan kepada Hipotensi ni.

Apakah penyebab kepada HIPOTENSI?
 
1. nyahhidrasi-kekurangan cecair di dalam badan seperti muntah teruk atau cirit birit

2. kekurangan cecair dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak terkawal
 
3. keadaan cuaca yang panas @ tidak bergerak dalam jangka masa yang lama 

4. masalah jantung-denyutan jantung yang agak cepat atau lambat

5. alahan yang teruk ketika kehamilan

6. kesan sampingan sesetengah ubat ubatan

7. faktor genetik

8. juga berpunca daripada penyakit yang sedia ada antaranya
  • penyakit jantung koronari
  • lemah jantung
  • masalah injap jantung
  • penyakit buah pinggang
  • kencing manis yang tidak terkawal
  • paras gula rendah
  • penyakit seperyi tirod 

Mesti nak tahu kan siapa yang berisiko mendapat HIPOTENSI?
 
✅ orang tua- Hipotensi ortoststik
✅ masalah hati
✅ gangguan sistem saraf pusat
✅ kurang bergerak
✅ wanita hamil


Kenapa tekanan darah rendah MERBAHAYA kepada kita?

Boleh klik kenapa tekanan rendah merbahaya


Jadi, bagaimana cara nak merawat HIPOTENSI daripada berlaku?
 
✅ minum banyak air semasa nyahhidrasi
✅ elakkan berdiri terlalu lama
✅tingkatkan dengan pengambilan supplement dengan ikuti saranan doktor. Sejak dari mula mula saya hamil sehinggalah bersalin, saya tidak pernah berhenti mengamalkan supplement.
✅ kurangkan pengambilan karbohidrat sekiranya pening selepas makan



Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi saya di WhatSAPP www.wasap.my/60132171534
Fb: rul aida muda
Fb page: vitaminsihatcergas
Ig : raidarizal
COD: Teluk Intan, Langkap, Simpang Empat, Bagan Datok, Kg Gajah
POS: Seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment