Thursday 11 May 2017

CARI DUIT LEBIH UNTUK RAYA

DUIT DAN RAYA

Assalamualaikum w.b.t


1 Ramadhan 1438 Hijrah akan menjelma tidak lama lagi. Setelah sebulan berpuasa, semua umat islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semua sudah cukup simpanan ke untuk nak beli barang-barang yang sepatutnya? Oh ya, bagi yang bekerja di sektor awam, tentunya ada bonus Hari Raya kan? Pekerja Swasta ada tak bos bagi? Surirumah pun mesti teringin nak tukar barang rumah kepada yang baru kan? Tapi mesti ada rasa kesian kat suami sebab nak beli semua tu kena mintak ngan suami.


Setiap kali kita dengar, bila nak sambut puasa atau raya je, mesti harga barang naik. Tak kisahla barang basah ke barang kering.  Zaman ekonomi yang semakin mencabar ni, tentu semua orang mencari-cari apa pendapatan sampingan yang boleh dilakukan untuk buat tambah belanja dapur. Bukan nak buat belanja dapur je tapi nak beli baju baru ke kasut baru  ke dan apa-apa la janji  takde nampak selekeh  sangat di musim perayaan.  


Itu baru bab raya. Belum bab hari-hari lain yang bukan hari raya. Contohnya duit bernilai RM50.00 pergi kedai beli barang dapur. Tak banyak beli pun tapi tinggal berapa je baki yang ada. Esok kang pecah lagi duit RM50.00 tu. Sebabnya harga barang-barang keperluan semua dah naik. Jadi di sini tujuannya sama je, kalau boleh nak cari pendapatan sampingan yang tidak merlukan modal yang besar dan tidak membebankan diri sendiri.




JANA DUIT DENGAN SHAKLEE


Sebenarnya saya tak tau pun shaklee ni wujud. Sebelum kenal shaklee, ada jugala perniagaan MLM lain yang saya dan suami daftar. Tapi bukan atas kerelaan sendiri. Disebabkan kawan yang suka memujuk, telefon, datang rumah dan sebagainya. Daftar dulu untuk jadi ahli, dengan harga ahli tu kemudian beli barang. Padahal baru je kenal jenis produk MLM tu.


Kami pakai sendiri barang tu. Rasanya sepanjang ceburi MLM tu, tak pernah saya dapat bonus daripada syarikat tu ataupun untung runcit sekalipun. Sebab apa? sebab kami suami isteri tak suka menjual, tak BERMINAT  dan takde masa nak bisnes-bisnes MLM ni.


Bermula lah cerita dengan kami mencuba produk makanan tambahan shaklee. Kami makan produk tu sebab kami nakkan nutrisi dalam tu dan ingin menjadi lebih sihat dengan shaklee. Bila kami rasa  produk tu sesuai dengan kami, kami join ahli.  Setelah suami bagi lampu hijau, saya tanya orang yang perkenalkan shaklee kepada saya camana nak jadi ahli. Bukan upline yang paksa-paksa.


Sepanjang saya kenal Shaklee, belum pernah lagila saya dengar kes saman Shaklee. Orang yang memfitnah shaklee banyak. Kata kesihatan dia semakin terjejas la dan viral pulak tu. Takpe, kalau tak puas hati dgn  produk shaklee, complain je dan pihak Shaklee akan turun padang. Shaklee bukan seperti MLM yang bersepah kat luar tu. Shaklee mempunyai kajian penyelidikan yang berpuluh-puluh tahun. Bukan seperti produk yang banyak di pasaran. Entah ada ke tidak kajian penyelidikan.



Kenapa saya mengatakan Shaklee adalah platform terbaik untuk jana pendapatan sampingan?
  • Hanya memerlukan modal yang rendah dan tidak perlu modal ribu riban
  • Bisnes secara online dan offline
  • Tidak mengganggu wanita yang bekerjaya, isteri dan ibu
  • Tidak perlu keluar rumah mencari pelanggan (sesetengah orang selesa dengan mencari pelanggan diluar)
  • Hanya keluar rumah apabila perlu COD barang, pos atau sesi perjumpaan dengan upline
  • Cara kerja yang flexible, malam pun boleh ambik order
  • Boleh bekerja di mana-mana. Tengah makan dikedai pun boleh ambik order
  • Bisnes yang santai dan boleh bawa anak-anak sekiranya ada perjummpaan
  • Selalu berbincang atau mendapatkan pendapat daripada upline atau sideline berkenaan sesuatu pertanyaan produk
  • Sentiasa ada kelas bimbingan sesama ahli




Grup besar kami-IREACH FAMILY



Bersama Founder Ireach -Master Lyna DAN Master Z



Al-Fateh Empire-



Grup biras


BAGAIMANA UNTUK MENJADI PENGEDAR SHAKLEE
  1. Daftar ahli shaklee dengan bayaran sebanyak RM 80.00 (Semenanjung) dan RM90.00 (Sabah @ Sarawak); ATAU
  2. Beli mana-mana kombinasi produk shaklee melebihi 200 mata (lebih kurang RM700.00)



beli 2 vivix-224 mata 


KELEBIHAN PRODUK SHAKLEE BERBANDING PRODUK LAIN
  • Produk dijamin selamat kerana berasaskan tumbuhan semulajadi
  • Telah melalui ujian klinikal dan mendapat pengiktirafan FDA
  • Sekiranya membuat pembelian dengan harga ahli, tentunya dapat banyak penjimatan. Sekiranya pembelian melebihi mata, ganjaran akan diberikan dalam bentuk wang tunai setiap bulan
  • Dan sekiranya membuat penjualan produk, ahli akan mendapat untung runcit dari hasil penjualan tersebut.

Jadi, di sini, sesiapa sahaja boleh menjana pendapatan melalui bisness shaklee. Sekiranya banyak permintaan dari luar untuk dapatkan produk dari kita, maka lagi banyaklah income akan masuk. Kan seronok tu. Kerja santai-santai tak perlu perah otak, pecah kepala tapi tiap bulan ada income masuk. Sempat lagi ni nak cari duit raya. Yang penting kena sentiasa rajin dan berusaha lebih.


Ingin mendaftar ahli shaklee dibawah saya?

  1. Boleh pergi ke mana-mana cawangan shaklee, isi borang dan buat bayaran. Harus diingat, yang ingin mendaftar memerlukan seorang penaja. Boleh gunakan ID saya 1111081; ATAU
  2. Maklumkan pada saya yang anda berminat untuk jadi ahli dan saya akan membuat pendaftaran hanya melalui online sahaja.
Hubungi saya di WhatSAPP www.wasap.my/60176478272
Fb page: vitaminsihatcergas
Ig : raidarizal
COD: Teluk Intan, Langkap, Simpang Empat, Bagan Datok, Kg Gajah
POS: Seluruh Malaysia


SELAMAT MENYAMBUT 1 RAMADHAN 1438 (hijrah)







Wednesday 10 May 2017

ORANG CAKAP BULAN PUASA BULAN UNTUK KURUSKAN BADAN. YE KE?

BULAN PUASA BULAN KURUSKAN BADAN



Assalamualaikum w.b.t

Hari ini merupakan hari cuti umum sebab cuti Wesak. Hari cuti ni ada ke yang tengah ganti puasa wajib tahun lepas? Saya memang tengah ganti puasa hari ini. Insya Allah sempat habis sebelum datang puasa kali ni. Sebenarnya saya cuba untuk ganti puasa sebelum ni tapi memandangkan bacaan tekanan darah tinggi saya rendah dan masa tu saya baru baru mengandung, jadi suami tak galakkan saya berpuasa. Alhamdulillah sekarang dah ok jadi saya boleh untuk ganti puasa.

Sebenarnya hari ni saya nak cerita pasal orang yang nak kurus pada bulan puasa. Orang selalu target bulan puasa ialah bulan untuk kurus. Tapi berapa kerat je yang betul betul capai target? Sebab apa? sebab bila tiap kali berbuka, semua jenis makanan dia makan. Siang hari puasa, pergi Bazar Ramadhan, nampak itu beli nampak ini beli, padahal kat umah dah masak tu. Bila tiba waktu berbuka, tengok makanan banyak lagi. Rasa rugi dan membazir pulak dengan makanan semua tu. Bila rasa rugi, makan lagi sampai dah kenyang sangat-sangat. Masa ni banyaknya kalori masuk dalam badan. Bila pengambilan kalori lebih, berat badan  pun akan bertambah. Penyudahnya solat magrib dalam keadaan lemah, penat sebab makan banyak. Lepas tu? tidur tak sempat pergi tarawikh.

Pernah dengar tak tidur selepas makan menggemukkan? Sebenarnya itu MITOS je. Tidur selepas makan pun, proses pencernaan tetap berjalan, cuma naik turun berat badan ialah bergantung pada jumlah pengambilan kalori dalam satu hari. Lebih banyak kalori diambil, berat badan bertambah.

Sebenarnya tidur selepas makan adalah tidak digalakkan sama sekali. Apabila kita tidur selepas makan, ia akan melambatkan proses penghadaman, kesannya kita sukar untuk membuang air besar akibat makanan yang tidak hadam tadi, tubuh jadi lemah dan tidak bermaya.

Selain itu, ia membawa kepada risiko serangan strok. Ini kerana sistem pencernaan kita bekerja keras untuk mencerna ketika tidur dan memberi kesan kepada peningkatan darah, kadar gula dan kolestrol yang menjadi punca serangan strok. Jadi rehat dulu perut tu sebelum tidur.

Terlebih makan boleh undur balik tak? Jawapannya tak boleh tapi ada cara penyelesaiannya iaitu sediakan SET KURUS SHAKLEE di rumah. 



SET KURUS SHAKLEE ada 2 set.
  • Set Kurus Asas
  • Set Kurus Lengkap

Set Kurus Asas


Lecithin
  • diekstrak dari kacang soya organik bukan -GMO
  • bertindak sebagai pemecahan lemak dan kolestrol
  • menghalang obesiti, mempercepatkan pembakaran lemak
  • mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menghalang terjadinya penyakit batu karang
  • meningkatkan daya ingatan dan ringankan stress
  • menghalang tekanan darah tinggi
  • perbaiki prostat lelaki
  • meringankan sembelit, meleraikan toksin dalam usus
  • Harga RM55.00  sebotol ada 120 kapsul
  • Dos yang dicadangkan: 3 kapsul setiap 2 kali sehari (pemeliharaan kesihatan); 6 kapsul setiap 2-3 kali sehari (pelangsingan, tekanan darah tinggi dan pemecahan lemak) 
  • Diambil sebelum atau selepas makan

OmegaGuard
  • mengandungi Asid Lemak Omega-3 yang berfungsi dalam pembakaran lemak dengan membantu badan bertindak balas dengan baik terhadap hormon yang dipanggil "Leptin" (nipis) dimana Leptin akan memberitahu otak untuk mengurangkan selera makan, meningkatkan metabolisme, da menggalakkan badan untuk membakar lemak bagi menghasilkan tenaga
  • mencegah penyakit saluran darah dan strok
  • baik untuk mata, membekalkan EPA menyihatkan jantung dan sendi
  • membekalkan DHA bagi perkembangan dan fungsi otak
  • setiap bulan, saya akan pastikan stok Omegaguard ni sentiasa ada di rumah kerana selalu ada permintaan yang tinggi terutama kawan-kawan suami yang mencari produk untuk mengawal kolestrol dalam badan
  • Harga RM136.25 sebotol ada 90 kapsul
  • Dos yang dicadangkan: 2-4 kapsul, 2 kali sehari (pemeliharaan kesihatan); 2 kapsul setiap 2 kali sehari (sakit tulang, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi)
  • Diambil sebelum atau selepas makan 

Alfalfa

  • fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang dipecahkan oleh Lecithin dan Omega
  • singkirkan lemak dan kolestrol
  • mencuci hati, darah dan usus
  • melawan alahan
  • membaiki masalah penghadaman seperti kembung, gastrik, hepatitis dan sembelit
  • sebagai penggalak susu untuk ibu menyusu dan dikecualikan kepada baby yang ada kuning
  • juga membantu  membesarkan payudara dan menganjalkan punggung
  • melawan tumor
  • legakan keletihan dan melawan atritis
  • Harga RM57.50 (S) & RM102.50 (L) sebotol ada 330 biji dan 700 biji
  • Dos yang dicadangkan: bagi yang tak pernah ambil alfalfa, ambil 4 biji terlebih dahulu (2 biji selepas sahur dan 2 biji selepas berbuka)
  • Sekiranya normal dan tiada masalah, boleh proceed ke 5 biji selepas sahur dan 5 biji selepas berbuka



Set Kurus Lengkap

Alfalfa

Lecithin

OmegaGuard
 

Chinch Shake Mix
  • 24g protein setiap hadangan membantu kita berasa puas   dan kenyang
  • tinggi kandungan serat 
  • sesuai untuk pengidap kencing
  • disediakan secara bancuhan
  • Harga RM181.25

ESP (Energizing Soy Protein) 
  • membantu mengurangkan berat badan
  • membekalkan tenaga berpanjangan, bagus diamalkan ketika bulan puasa
  • membantu membekalkan susu ibu
  • kaya dengan protein dan kalsium
  • 1 hidangan =2x ganda daging, 4x ganda telur, 12x ganda susu
  • tiada kolestrol, rendah lemak, mudah diserap, rasa kenyang
  • Harga RM161.25
  • disediakan secara bancuhan

Herblax
  • membuang toksin dalam badan
  • membersihkan najis yang tersumbat
  • mengempiskan perut
  • Harga RM57.50  sebotol ada 120 biji
  • Dos yang dicadangkan : 2 kali seminggu. 4 biji setiap kali  dan diambil sebelum tidur; pembersihan usus/lawan kanser : 2 kali sehari, 3 biji setiap kali

Chinch Tea Mix
  • penggalak tenaga semulajadi
  • kandungan taurina akan meningkatkan tenaga dan ketahan badan
  • minuman pengganti kopi, soda dan manisan
  • Harga RM131.25 (ada 28 stick)
PILIHAN ATAS MASING-MASING MENGIKUT BAJET

SET KURUS =SET MENYUSU


TESTIMONI SET KURUS


CHINCH ADA PERASA VANILLA  DAN COKLAT

ALFALFA+LECITHIN


Ada orang mengambil set kurus ni mengikut bajet masing-masing. Sekiranya anda berminat untuk mencuba set kurus tetapi ada kewangan yang terhad, boleh menghubungi saya melalui :

 
Hubungi saya di WhatSAPP www.wasap.my/60176478272
Fb page: vitaminsihatcergas
Ig : raidarizal
COD: Teluk Intan, Langkap, Simpang Empat, Bagan Datok, Kg Gajah
POS: Seluruh Malaysia
 

Tuesday 9 May 2017

PRODUK PENJAGAAN WAJAH GABUNGAN 16 RAMUAN TENTUNYA SET NUTRIWHITE



😊😊KECANTIKAN SEMPURNA DIPEROLEHI DARIPADA ALAM SEMULAJADI DAN DISEMPURNAKAN DENGAN SAINS


Assalamualaikum w.b.t


Shaklee banyak memperkenalkan produk-produk berasaskan alam semulajadi. Sama ada untuk kesihatan dalaman atau untuk penampilan luaran seseorang. Oleh itu, seeloknya barang penjagaan kulit wajah mahupun rambut lebih baik dibeli daripada syarikat sama yang mengeluarkan produk dan membekalkan nutrisi yang kita makan. Kan elok kalau kita perasan dalam dan luar kita sama-sama cantik?


Tapi pakailah apa pun, kalau kita tak jaga atau tak disiplin tentang cara  menjaga wajah muka, orang kata main belasah je, sebelum tidur tak cuci muka dengan mekap tebal-tebal melekat kat muka tu, pastu kita tidur macam tak rasa bersalah. Esoknya kita bangun, ada rasa apa-apa tak kat muka tu? rasa berminyak kan? macam tak selesa la. Saya tak kata kat sapa-sapa sebab saya pun kadang-kadang macam tu juga. Tak cuci muka sebelum tidur sebab dah ngantuk sangat. Tapi saya takdela mekap tebal-tebal tu.

Di sini, saya nak kongsikan cara-cara penjagaan wajah yang betul.




V


Tips Penjagaan Wajah Untuk Lebih Sihat
  1. Pastikan muka dicuci 2x sehari pagi dan malam. Sebab apa malam sebelum tidur pun kena cuci dengan pencuci muka? sebab kulit muka  yang dah terdedah pada siang hari tadi, muka jadi kotor dan kotoran akan meresap ke dalam kulit.
  2. Pastikan pakai krim malam. Sebab apa? Bila tidur, badan tak tidur tapi badan bekerja. Melalui krim malam ni la, ia akan bantu repair sel dan pulihkan sel balik.
  3. Bangun tidur, cuci muka lagi sekali sebab aktiviti pemulihan sel malam tadi menyebabkan banyak kulit mati tertanggal.
  4. Sebelum keluar rumah, jangan lupa memakai  sun block supaya ia dapat melindungi kulit muka daripada sinaran uv.
  5. Sebelum tidur selepas cuci muka dengan Gentle Deed Foaming Cleanser, pastikan guna Overnight Renewal Whitening Cream Overnight daripada produk Set Nutriwhite Shaklee kerana produk ni membantu memulihkan masalah kulit muka kita.
Bagaimana Nutriwhite bekerja
  1. Mencegah kesan-kesan yang memudaratkan serta melindungi kulit muka dari sinar cahaya matahari dan uv.
  2. Mengurangkan penghasilan pigmen hitam pada kulit muka daripada menjadi gelap.
  3. Menyekat pemindahan pigmen hitam daripada dasar sel kulit ke lapisan atas untuk mencegah kemunculan tompok hitam.
  4. Mencerah warna melanin yang sedia ada serta tompok hitam dan serlahkan kulit secara keseluruhan.
  5. Memperbaharui dengan cepat dan mengeluarkan sel-sel mati yang mengandungi melanin berlebihan, menjadikan kulit muka cerah dan lebih bersinar.
Set NW
  1. Gentle Deed Foaming Cleanser : pencuci muka yang lembut dan segar. Campuran bahan semulajadi iaitu Rumpai Laut (hilangkan kotoran dan buang sel mati), Alga Hijau (menyahtoksin dan melembapkan kulit) dan Strawberi Begonia (cerahkan dan imbangkan pigmen)
  2. Soothing Radiance Whitening Softener : mengembalikan kulit pada PH yang seimbang. Campuran daripada Rosemary (kulit lebih segar dan tenang), Kudzu (menegangkan dan mencerahkan) dan Marshmallow (melembapkan).
  3. Daily Defense Whitening Essence: mencerahkan kulit sambil menghidratkan dan melembutkan kulit. Campuran daripada Bearberry (melegakan dan mengurangkan keradangan kulit), Strawberi Begonia (cerahkan dan imbangkan pigmen), Kacang Soya (kurangkan tompok hitam), Mulberi (cegah kulit daripada kerosakan akibat sinaran cahaya matahari) dan ditambah dengan Vitamin C untuk mengembalikan seri wajah.
  4. Spot Whitening Cream: mencerahkan tompok-tompok jeragat dan untuk wajah lebih sekata. Campuran daripada Likuoris dan Peony (melindungi serta nenghilangkan radang kulit), Cats Claw (memegangkan kulit) dan tambahan Vitamin C
  5. Daytime Whitening Lotion: Mengandungi SPF 15, pelembap yang sangat hebat dan berkesan. Digunakan pada waktu selepasa SWC.Campuran daripada Mulberi dan Mountain Arnica.
  6. Overnight Renewal Whitening Cream: membelai kulit dengan nutrien semulajadi disaat kita tidur, kulit kering jadi lembut, cerah dan berseri pada esoknya. Campuran daripada Linden (suburkan dan menghidrat dari dalam), Scullcap (kurangkan keradangan) dan Vitamin C
  7. Action Make Up Remover: penanggal alat solek yang licin dan tidak berminyak. Campuran daripada Tunas Pokok Bic (hilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan dan Aloe Vera (segar dan tegangkan kulit).





 


Yang dah mencuba set NW ni alhamdulillah berpuasa hati.
Jadi kawan-kawan diluar sana yang mahu mencuba set NW ni boleh menghubungi saya di kedai kekda dan Whatsapp/CALL 0132171534.

Yang nak cuba dengan set asas terlebih dahulu pun Insya Allah saya cuba bantu kawan-kawan.

Yang nak beli dengan lebih jimat pun boleh hubungi saya. Saya akan bagitau cara dia.

MAHAL? ia tahan lama la satu tiub tu kawan-kawan. Ada yang sampai 8 bulan pun ada. Contoh Gentle Deed Foaming Cleanser (150ml) harganya RM125.00. Cara pakainya hanya picit sebesar 10 sen sahaja. Rata-rata yang dah pernah pakai cleanser ni mengatakan ianya boleh tahan selama 8 bulan. Kalau pakai on off on off mau sampai setahun kot. Cuba bahagi dengan 8 bulan. Lebih kurang harganya untuk sebulan RM15.60. 

Nak tengok testimoni? Boleh



Harus diingat, apabila menggunakan apa-apa produk sekalipun, haruslah tahu bahawa produk itu bebas racun dan selamat dan ianya bukan dibawah produk yag diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Juga lebih elok sekiranya amalkan tips penjagan wajah seperti di dalam Video tersebut. Nak wajah lebih sihat dan cantik kan?













Monday 8 May 2017

RAHSIA HILANG KETAGIH MEROKOK

SAYANG DIRI SAYANG KELUARGA

JAUHI MEROKOK

NAK BERHENTI TAPI TAK BOLEH?

DAH CUBA MACAM-MACAM CARA TAPI MASIH GAGAL?

TAKDE SOKONGAN?

ADA SOKONGAN TAPI NIAT MASIH TAK SAMPAI?

DIKELILINGI DENGAN KAWAN-KAWAN YANG KUAT MEROKOK?

TAKUT DIKATAKAN PENGECUT?

APA KATA KITA IKHTIAR DENGAN PRODUK SHAKLEE


Vitamin C
  • pengambilan Vitamin C pada perokok sekurang-kurangnya mengurangkan kesan buruk pada tubuh badan kerana Vitamin C merupakan antioksidan yang kuat bagi tubuh badan.
  • semakin banyak rokok dihisap maka semakin banyak Vitamin C dalam badan hilang.
  • 1 batang rokok dapat menghilangkan sekitar 25mg Vitamin C. Sebab tu perokok perlukan lebih vitamin daripada orang biasa untuk melawan kerosakan sel dan mencegah penyakit-penyakit kronik yang lain contoh sakit jantung, paru-paru dan kanser.
  • Perokok perlu mengambil 2 atau 3 kali dos harian berbanding dengan orang biasa.



Vitamin E
  • dalam artikel "American Journal of Clinical Nutrition"  yang diterbitkan pada tahun 2005 di mana kajian tersebut telah dibuat oleh Institut Linus of Pauling yang menyatakan bahawa "tahap Vitamin E dalam plasma darah  seseorang perokok akan berkurangan dan akan hilang dengan lebih cepat berbanding dengan orang biasa.. Dan apabila tahap Vitamin E  ini rendah maka, ia mudah menerima serangan atau tidak dapat lari daripada radikal bebas dan ini mungkin salah satu sebab perokok mendapat penyakit kanser "  




Vitamin D
  • merokok juga  akan menjejaskan metabolisme Vitamin D, kalsium serta boleh meningkatkan osteoporosis
  • maka dengan pengambilan Vitamin D, ia akan membantu mengawal kalsium dalam badan dan mengekalkan kepadatan tulang



Vitamin B

  • kekurangan Vitamin B menyebabkan seorang perokok berisiko untuk mendapat kanser paru-paru dan bronkitis
  • Asid folik di dalam Vitamin B membantu untuk mengurangkan simpton bronkitis


sumber: Lung Canser Risk




Secara keseluruhannya, kekurangan vitamin-vitamin dalam badan seseorang ditambah pula dengan kesan merokok akan menyebabkan pelbagai penyakit. Sekiranya perokok ini tiada inisiatif untuk berhenti merokok dan tidak mahu mengambil sebarang vitamin, maka kesihatan  mereka akan terjejas. Rasa takut pulak bila baca kajian di atas yang menyatakan akan timbulnya pelbagai penyakit sekiranya kurang vitamin dalam badan.


Selain vitamin-vitamin di atas, ada juga produk shaklee yang lain yang cara pengambilannya hanya dengan minum sesudu kecil sahaja.  Produk ini paling hot dan ramai orang mencarinya sebagai penyelesaian kepada tabiat merokok. Namun harus diingat bahawa disamping kita amalkan  produk shaklee yang bertujuan untuk meninggalkan tabiat rokok,  seorang perokok haruslah mempunyai niat yang betul dan semangat yang kuat untuk berhenti merokok. Ambik vitamin tapi takde niat nak berhenti merokok tak guna juga.


Isteri-isteri diluar sana tentunya tak suka kan suami yang merokok. Ada suami yang merokok di depan anak isteri dan ada suami yang merokok hanya diluar rumah yang jauh daripada pandangan anak isteri. Walaupun suami atau bapa kita sekali pun bila dah balik rumah seperti biasa, ada tak isteri-isteri atau anak-anak diluar sana rasa bau rokok ditangan ke, dibaju ke atau masa bercakap ? Ada kan? Bila kita cakap  contoh "apa bau ni? berapa batang hisap rokok? pegilah basuh tangan" Suami jawab apa? "mana ada hisap rokok, deme yang hisap. Baunya melekat" Suami ingat kita ni budak sekolah kot? Siapa pernah ada pengalaman macam ni? Ramai kan?




VIVIX
  • adalah produk paling hot dalam usaha dan ikhtiar untuk berhenti merokok.
  • kerana ia menukarkan perasaan nak merokok tu kepada sebaliknya.Contoh, bila perokok hisap rokok balik, dia akan rasa rokok tu jadi tawar dan perokok tidak akan rasa nak merokok lagi sebab rasa syok nak merokok tu dah takde
  • ia membantu mendetoxkan nikotin dari dalam darah, organ dan otak. Bila nikotin ni dah  tiada,  rasa  ketagih nak nikotin pun hilang


TANDA AWAL KANSER PARU-PARU







  1. Perubahan pada mood lain
  2. Sakit yang berulang-ulang seperti selalu selsema, batuk atau pnemonia
  3. Hilang selera makan dan berat turun mendadak
  4. Buah dada lelaki membesar secara abnormal dikawasan bawah puting susu
  5. Keletihan yang luar biasa
  6. Hujung jari sakit dan menebal atau bengkak
  7. Nafas pendek dan dada berbunyi
  8. Batuk berpanjangan
  9. Otot lemah dan tidak dapat melakukan aktiviti seperti biasa
  10. Sakit dada, belakang, bahu atau perut
ANTARA TESTIMONI VIVIX

TESTIMONI 1





TESTIMONI 2


 TESTIMONI 3





Perlukan maklumat lanjut tentang vitamin ini?
Hubungi saya di WhatSAPP www.wasap.my/60176478272  
Fb page: vitaminsihatcergas
Ig : raidarizal
COD: Teluk Intan, Langkap, Simpang Empat, Bagan Datok, Kg Gajah
POS: Seluruh Malaysia



Sunday 7 May 2017

MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA TENTUNYA OMEGAGUARD SHAKLEE

 
 

KENAPA OMEGAGUARD DIKATAKAN MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA

PENGALAMAN ?

 
Alhamdulillah, OmegaGuard Shaklee (OMS) merupakan makanan tambahan kami yang kedua sejak saya mula mengenali shaklee. Saya mula kenal OMS ni sejak tahun 2014. Bila dah kenal dan jadi ahli shaklee, baru saya tahu ada produk yang saya tengah mencari untuk suami. Setelah bertanya macam-macam dengan upline apa kelebihan OMS, saya pun tekad untuk beli OMS. Mulanya saya tau ianya adalah set untuk kurus je iaitu ia couple dengan Lecithin dan Alfalfa. Ini yang saya bagi pada suami la. Rupanya bila saya baca dan gali lagi tentang produk ni, ia bukan sahaja untuk kurus, malah

 

1. Ianya dapat mencegah penyakit saluran darah dan strok
 
    -DHA & EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan
      kepekatan darah,
    -melicinkan saluran darah dan menjadikan peredaran darah yang lancar
    -efektif dalam membantu mengekalkan tekanan darah normal, ketegangan dileher dan sakit
      kepala.




2. Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin serta membantu perkembangan memori
 
    - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina
    - Penting terutama pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan
       ibu.
    - Melalui susu ibu juga, bayi tetap akan memperolehi kandungan DHA yang tinggi dimana ia
      membantu tumbesaran dan perkembangan otak bayi
    - Bagi kanak-kanak pula, yang makan dengan kunyah begitu sahaja atau telan bersama-sama
       air, ia membantu meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran.

 


 
DOS UNTUK KANAK-KANAK
 


3. Meningkatkan sistem imun  seperti mengawal alahan kulit, psoriasis dan menyihatkan paru-
     paru seperti bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang.
 
4. Menentang kanser seperti kanser payudara, kanser paru-paru, prostat dan kolon.

5. Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis)  dan gout.


Lebih kurang 3 bulan suami amalkan OMS ni, suami terus buat blood test. Alhamdulillah, dengan Izin Allah,  bacaan kolestrol turun ke paras 3.2. Doktor  cakap bagus ni, tanya suami makan apa. Suami bagitau dia makan minyak ikan OMS. Memang bagus minyak ikan tu doktor cakap dan sejak dari itu doktor stopkan ubat kolestrol dan sehingga sekarang, suami maintain makan OMS setiap hari.

Nak dijadikan cerita, kawan-kawan suami semuanya pemakan. Apa yang ada depan mata, semua makan. Lepas tu menyesal sebab sakit kepala la, rasa risau la. Masa makan tak ingat terutama bila ride. Suami pun mencadangkan lebih baik ambik OMS sebagai langkah berjaga-jaga. Makan banyak, esoknya nak ride moto, jalan jauh, dari Thailand sampai ke kampung halaman. Kalau sesuatu terjadi dekat tempat orang macam mana? Sejak dari itu, kawan suami mula mengorder OMS setiap bulan.

Suatu hari juga, kawan yang lain tanya macam mana nak turunkan bacaan kolestrol? Kawan suami yang dah makan mula-mula tadi pun mencadangkan benda yang sama. Dan sehingga sekarang ramai kawan-kawan suami mula mengenal OMS.  
 

KENAPA IKAN LAUT AIR DALAM?


Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price telah menemui satu rahsia Penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.

Orang Eskimo yag hidup di Greenland, Denmark bekerja sebagai nelayan tiada pun masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis TETAPI orang Eskimo yang tinggal di Amerika Utara bekerja sebagai pemburu dimana makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolestrol menghadapi masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.

American Public Health Association mengesyorkan sekurang-kurangya makan ikan laut air dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan (playing cards) sebanyak 2 kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3 kerana ia membantu mengurangkan risiko sakit jantung sebanyak 44%.

Kajian juga menunjukkan ikan laut air dalam ini mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi.


CARA PENGAMBILAN OMEGAGUARD SHAKLEE
  1.       Untuk penjagaan kesihatan : 2  kali sehari (2 hingga 4 kapsul)
  2.       Untuk sakit tulang, kolestrol tinggi dan tekannan darah tinggi : 2 kali sehari, 2 kapsul               setiap kali 
  3.       Untuk kanak-kanak   : Pecahkan OMS   ke dalam susu @ kunyah begitu sahaja @ picitkan         ke dalam makanan @ pecahkan dan picitkan ke dalam sudu @ telan dengan air.
  4.       Sekiranya selepas mengambil OMS, ia mengeluarkan sendawa bau hanyir ikan, mana             yang tidak tahan tu boleh ambil sebelum makan atau semasa perut kosong.

TIDAK DIGALAKKAN BAGI 
 
  1. Pesakit yang akan melakukan pembedahan
  2. Perempuan yang hamil yang hampir nak bersalin


TESTIMONI



TURUNKAN BACAAN TEKANAN DARAH TINGGI


TIDAK PERLU LAGI NEBULIZER 


MERAWAT PESAKIT GOUT


 
Ingin dapatkan maklumat lanjut tentang OMEGAGUARD SHAKLEE?
 
Hubungi saya di WhatSAPP www.wasap.my/60176478272  
Fb: rul aida muda
Fb page: vitaminsihatcergas
Ig : raidarizal

COD: Teluk Intan, Langkap, Simpang Empat, Bagan Datok, Kg Gajah
POS: Seluruh Malaysia




Saturday 6 May 2017

SET BERPUASA KANAK-KANAK UNTUK KEKAL CERGAS DAN BERTENAGA


Assalamualaikum w.b.t

Pejam celik pejam celik Ramadhan akan tiba. Insya Allah tahun ni kita akan menyambut 1 Ramadhan 1438 Hijrah bersamaan dengan 27 Mei 2017.

Baru-baru ni saya ada puasa ganti. Anak saya darjah 3 pun turut sama tapi puasa sunat. Mula-mula saya tak bagi dia puasa. Penyudahya dia merajuk dan tak habis-habis bagitau takkan nak puasa wajib je, sunat pun dia nak puasa jugak. Esoknya saya kejutkan dia. Alhamdulillah dia puasa satu hari.

Kalau nak tau anak saya tu dah siap order satu PERFORMANCE DRINK shaklee sebab katanya dia nak minum tu sepanjang bulan puasa nanti. Saya dah beli siap-siap minuman tu dari bulan lepas lagi sebab produk tu sangat laku keras dan cepat habis. Orang pakat borong banyak-banyak. Ya, tentulah minuman tu sedap. Sebab tu  cepat habis dipasaran. Cara minum dia dibancuh sejuk-sejuk atau kalau suka letak ais. Sedapnya..................... . Rasa dia berperisa oren semulajadi.


Faiz sangat suka minum PD


Minuman ni sangat sesuai untuk kanak-kanak sepanjang bulan puasa. Sebab sepanjang bulan puasa, kanak-kanak tentunya kurang minum air kan? hanya semasa sahur segelas, semasa buka puasa atau sebelum tidur. Dioarang ni kadang-kadang tak boleh minum air dalam jumlah yang banyak sebab muak dalam jangka waktu pendek. Bukan kanak-kanak je macam ni, saya pun tak boleh minum air banyak-banyak dalam satu jangka masa. Bila kurang air dalam badan, tentunya kita akan jadi lemah, letih dan lesu. Ditambah pula dengan suhu persekitaran sekarang yang melampau yang akan menyebabkan kesan pada kesihatan antaranya:-

  • keletihan walaupun tiada kerja berat yang dilakukan
  • kekejangan otot dan sakit badan
  • rasa nak pitam dan  pengsan
  • dehidrasi seperti kencing pekat dan rasa haus
  • Heat Stroke


Apa itu heat stroke?


Ialah termostat dalam tubuh tidak mampu lagi mengawal suhu dalam badan. Sekiranya suhu dalam badan ini tinggi, ia akan menyebabkan kerosakan pada organ tubuh yang lain seperti jantung, ginjal, paru-paru dan otak.

Ia berlaku apabila suhu badan melebihi 40C.
Ia akan rasa letih, kejang otot, sakit badan, rasa haus , kencing pekat dan akhirnya mahu pitam.
Kewarasan akal akan jadi kurang dan ketika itulah seseorang mengalami heat stroke.
Orang yang mengalami heat stroke ni mengalami suhu badan yang tinggi, tidak berpeluh, kulit kering dan tidak bermaya dan harus dibawa ke hospital dengan segera.

Cadangan supplement shaklee untuk kanak-kanak sepanjang bulan puasa

 
1. PERFORMANCE DRINK
  • Ia berfungsi mengekalkan kandungan air dalam badan seseorang
  • Ia mencegah kepada dehidrasi.
  • Serbuk elektrolit berperisa oren semulajadi
  • Minuman kegemaran atlit-atlit dan mereka yang aktif
  • Minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.
  • Mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Mudah diserap dan ia meningkatkan kadar gula dalam darah serta menjadikan tubuh seseorang itu lebih cergas dan tidak penat.
  • Suami, Isteri, anak-anak semua boleh minum
  • Mereka yang rasa nak demam atau sedang demam pun digalakkan untuk minum PD ni

2. MEAL SHAKE
  • Serbuk susu campuran vitamin dan mineral
  • Berperisa vanilla
  • Meupakan multivitamin berupa serbuk dan sangat sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas dan seisi keluarga yang lain
  • Ia membekalkan nutrien kepada sel sel membantu dalam pembentukan kulit, kuku, rambut, organ-organ dan sebagainya.
  • Ia juga bertujuan untuk tumbesaran anak-anak
  • Kaya dengan serat yang membantu untuk singkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan dari kolon dan perut. 
  • Rendah lemak tapi kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber, mineral serta kalsium sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Ia memberi tenaga dan menguatkan sistem imun pada kanak-kanak.
  • Meningkatkan selera makan anak-anak
Kedua-duanya boleh dibancuh sekali dan boleh disimpan di dalam perti ais 

Anak-Anak yang suarakan hasrat mereka untuk berpuasa, tak perlulah kita untuk nak halang diaorang daripada berpuasa. Kita sebagai ibu bapa haruslah memberi galakkan pada anak-anak disamping menyiapkan mereka dengan makanan-makanan pelengkap dan berkhasiat yang membantu mereka sentiasa cergas dan kekal bertenaga sepanjang puasa.

Walaubagaimanapun, bagi saya dan suami, sekiranya anak-anak yang masih di bawah umur 10 tahun tidak mampu untuk berpuasa sepanjang hari dan mereka pohon untuk berbuka puasa, kami bagi je bila kami lihat mereka dah tak larat dan nampak tidak bermaya. Nanti kang masalah lain pula datang.

Cara-cara untuk menyiapkan kanak-kanak agar sentiasa cergas dan kekal bertenaga

  • Usahakan mereka untuk minum 2 gelas air kosong  ketika sahur (kami 1 gelas susu dan 1 gelas air kosong)
  • Minum satu gelas air sebelum tidur
  • Sentiasa bekalkan air kosong masuk ke bilik tidur. Mana tau tengah malam berjaga dan boleh minum air kosong tadi
  • Makan makanan kandungan air tinggi seperti tembikai
  • Berbuka dengan kurma dan 2 gelas air
  • Sekiranya ke masjid, sentiasa bekalkan mereka botol berisi air kosong
  • Sediakan di rumah PERFORMANCE DRINK & MEALSHAKE SHAKLEE

TESTIMONI

Meal Shake & OmegaGuard membantu kesihatan kanak-kanak menjadi lebih baik

Ingin dapatkan maklumat lanjut tentang SET BERPUASA SHAKLEE untuk kanak-kanak?

Hubungi saya di WhatSAPP www.wasap.my/60176478272
Fb: rul aida muda
Fb page: vitaminsihatcergas
Ig : raidarizal

COD: Teluk Intan, Langkap, Simpang Empat, Bagan Datok, Kg Gajah
POS: Seluruh Malaysia