Sunday 5 November 2017

Pengalaman sendiri mengamalkan Set Pantang Shaklee

PENGALAMAN MAKAN SHAKLEE  SEMASA HAMIL & PANTANG UNTUK KEKAL SIHAT

& BERTENAGA


Alhamdulillah......pejam celik pejam celik baby dah 2 bulan lebih... semakin bambam... sentiasa sihat alhamdulillah...  ni anak ke 5 kekda yg mana 4 laki 1 pompuan.. cukupla tu... umur pun dah 37.. mengandung lagi banyak risikonye lak... tapi sekiranya ada lagi rezeki untuk ada baby baru apa salahnya... rezeki jangan ditolak..



Pantang anak ke-5 kali ni kekda 100% amalkan vitamin shaklee sepanjang dalam pantang dan tak ada ambik satu pun ubat-ubat lain walaupun ubat kampung... kalau nak tau dari start sebelum mengandung lagi kekda amalkan makan vitamin ni. Yang paling ketara dan tak pernah tinggal ialah :-



1. Vitamin C


Sebab untuk nak tambah imuniti badan. Untuk nak sentiasa sihat. Kerja cam kekda ni tak sempat nak rehat. 

Sesiapa yang kena jahit semasa proses bersalin tu tak kisahla normal ke ceaser ke, vit c ni bagus untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Juga kekda ada selsema semasa dalam pantang, kekda ambik 2 biji kooo vit ni .. dan juga baby masa tu hidung sumbat.. kesian baby tak boleh tidur malam.. Alhamdulillah berkat doa, ambik vit c ni baby dah tak sumbat hidung.



2.  Energising Soy Protein (ESP)


Kekda sangat suka minum ni. Sebelum mengandung kekda memang ada gastrik sebab tak jaga waktu makan. Asyik kejar waktu je. Kadang2 kalau bawak makanan ke ofis, bila dah tengok bertimbun2 fail atas meja, tengok fail dulu. Takpun tengah makan, org datang untuk nak mintak nasihat.  Penyudahnya makanan sampai le ke tengahari.

Bila dah minum ESP ni rasa kenyang la , bila tak sempat makan pagi, belum lagi kekda rasa gastrik sepanjang kekda minum. Sampaila ke mengandung minum ESP . Sebab asyik lapar kan. Kadang-Kadang tu tengah malam bila dah lapar sangat sampai tak boleh tidur, terpaksa ambik ESP. Haaa baru boleh tidur.

Ni nak bagitau.. orang mengandung kena minum air gula kan? haa kekda kena 2 kali minum .. dua 2 kali ni... sebelum pukul 10 malam kekda minum ESP 3 sudu. Sampai la pagi esoknya lebih kurang pukul 8 pagi baru boleh minum air gula yang nurse bagi tu.. Eh  kekda ok je minum air gula tu tapi dengor2 ramai ibu-ibu tak suka atau tak boleh habiskan air gula tu.. Alhamdulillah kekda tak pernah muntah tiap kali minum air gula tu.

Yang nak bagitau sebenarnya antara pukul 10 malam hingga 8 pagi tu kekda rasa ok bertenaga takde lapar sebab biasanya kalau tak minum ESP sebelum tidur, haa tunggula pukul 1 pagi wasep kat suami mintak carikan makanan roti canai ke nasik ke ... he he

Dan sekarang pun ESP masih tak tinggal sebab ia juga vitamin yang sesuai semasa dalam pantang dan bagus untuk penyusuan. Menjadikan susu lebih pekat. Menjadikan ibu sentiasa kenyang. Semasa dalam pantang, Kekda suka minum ESP pada waktu pagi pukul 7.30 pagi dan makan dengan roti  ke atau biskut. Kadang-kadang ESP tu bancuh dengan milo. Itu je yang kekda makan di waktu pagi semasa dalam pantang. Sampaila tengahari baru makan nasi.

Esp ni selain pulihkan gastrik, ia menjadikan kekda bertenaga semasa hamil, bertenaga semasa dalam pantang, meriahkan susu dan mengenyangkan.



3. Ostematrik


Haa ni lagi satu dari sebelum mengandung kekda ambik. Sangat best, puas hati... ambik 4 biji setiap malam sebelum tido. Untuk apa? Senang buang air besar oppsss... sebab kekda memang sembelit.. pagi tu laju je kalu membuang... Lagi?

Ia bukan kalsium biasa tau....Kalsium penting untuk pembinan tulang, gigi, sel drah dan sebagainya. Orang perempuan ramai kehilangan kalsium? agak2 waktu bila? haa ketika datang bulan, ketika mengandung, ketika menyusukan anak.

Kekda sentiasa bayangkan kalau aku tak ambik vitamin untuk kalsium ni, mesti lama -kelamaan kalsium dalam badan akan hilang. Terpikir kang gigi pulak sakit, pastu kena cabut, pastu dah takde gigi. Perasan tak mak-mak kita ramai yang dah takde gigi tau  sebab kalsium tu baby dah ambik sikit semasa mengandung hari tu. Dan semasa menyusu pun, kalsium hilang.

Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu . Disamping dapat menyalurkan kalsium pada anak yang menyusu, ia juga dapat mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh ibu.


Fungsi?Antaranya yang kekda boleh kongsikan ...........
i) Tiada masalah sembelit. Biasaya selepas bersalin  dalam seminggu tu orang takut nak membuang kan? Sebab sembelit kan? Takut nak teran
ii) Baby tiada masalah sembelit
iii) Gigi semakin kuat dan tidak berdarah (pernah dalam pantang sakit gigi n nyilu)
iv) Tiada  masalah kejang kaki
v) Bantu banyakkan susu
vi) Tiada masalah sakit belakang

Itulah dia pengalaman kekda  daripada sebelum mengandung, semasa mengandung dan dalam pantang.

banyak piliham ikut bajet

ni susu perah dalam kereta semasa dalam pantang


haaa ni la baby kekda...........


ok... jom... ada ibu-ibu yang nak cuba set shaklee ni tak?


Sekiranya memerlukan konsultasi lebih lanjut berkenaaan set pantang shaklee ni dan ingin mencubanya, boleh
Hubungi saya di WhatSAPP www.wasap.my/60176478272
Fb page: vitaminsihatcergas
Ig : raidarizal
COD: Teluk Intan, Langkap, Simpang Empat, Bagan Datok, Kg Gajah
POS: Seluruh Malaysia
menghubungi saya di 0132171534







No comments:

Post a Comment