Tuesday 9 May 2017

PRODUK PENJAGAAN WAJAH GABUNGAN 16 RAMUAN TENTUNYA SET NUTRIWHITE



😊😊KECANTIKAN SEMPURNA DIPEROLEHI DARIPADA ALAM SEMULAJADI DAN DISEMPURNAKAN DENGAN SAINS


Assalamualaikum w.b.t


Shaklee banyak memperkenalkan produk-produk berasaskan alam semulajadi. Sama ada untuk kesihatan dalaman atau untuk penampilan luaran seseorang. Oleh itu, seeloknya barang penjagaan kulit wajah mahupun rambut lebih baik dibeli daripada syarikat sama yang mengeluarkan produk dan membekalkan nutrisi yang kita makan. Kan elok kalau kita perasan dalam dan luar kita sama-sama cantik?


Tapi pakailah apa pun, kalau kita tak jaga atau tak disiplin tentang cara  menjaga wajah muka, orang kata main belasah je, sebelum tidur tak cuci muka dengan mekap tebal-tebal melekat kat muka tu, pastu kita tidur macam tak rasa bersalah. Esoknya kita bangun, ada rasa apa-apa tak kat muka tu? rasa berminyak kan? macam tak selesa la. Saya tak kata kat sapa-sapa sebab saya pun kadang-kadang macam tu juga. Tak cuci muka sebelum tidur sebab dah ngantuk sangat. Tapi saya takdela mekap tebal-tebal tu.

Di sini, saya nak kongsikan cara-cara penjagaan wajah yang betul.




V


Tips Penjagaan Wajah Untuk Lebih Sihat
  1. Pastikan muka dicuci 2x sehari pagi dan malam. Sebab apa malam sebelum tidur pun kena cuci dengan pencuci muka? sebab kulit muka  yang dah terdedah pada siang hari tadi, muka jadi kotor dan kotoran akan meresap ke dalam kulit.
  2. Pastikan pakai krim malam. Sebab apa? Bila tidur, badan tak tidur tapi badan bekerja. Melalui krim malam ni la, ia akan bantu repair sel dan pulihkan sel balik.
  3. Bangun tidur, cuci muka lagi sekali sebab aktiviti pemulihan sel malam tadi menyebabkan banyak kulit mati tertanggal.
  4. Sebelum keluar rumah, jangan lupa memakai  sun block supaya ia dapat melindungi kulit muka daripada sinaran uv.
  5. Sebelum tidur selepas cuci muka dengan Gentle Deed Foaming Cleanser, pastikan guna Overnight Renewal Whitening Cream Overnight daripada produk Set Nutriwhite Shaklee kerana produk ni membantu memulihkan masalah kulit muka kita.
Bagaimana Nutriwhite bekerja
  1. Mencegah kesan-kesan yang memudaratkan serta melindungi kulit muka dari sinar cahaya matahari dan uv.
  2. Mengurangkan penghasilan pigmen hitam pada kulit muka daripada menjadi gelap.
  3. Menyekat pemindahan pigmen hitam daripada dasar sel kulit ke lapisan atas untuk mencegah kemunculan tompok hitam.
  4. Mencerah warna melanin yang sedia ada serta tompok hitam dan serlahkan kulit secara keseluruhan.
  5. Memperbaharui dengan cepat dan mengeluarkan sel-sel mati yang mengandungi melanin berlebihan, menjadikan kulit muka cerah dan lebih bersinar.
Set NW
  1. Gentle Deed Foaming Cleanser : pencuci muka yang lembut dan segar. Campuran bahan semulajadi iaitu Rumpai Laut (hilangkan kotoran dan buang sel mati), Alga Hijau (menyahtoksin dan melembapkan kulit) dan Strawberi Begonia (cerahkan dan imbangkan pigmen)
  2. Soothing Radiance Whitening Softener : mengembalikan kulit pada PH yang seimbang. Campuran daripada Rosemary (kulit lebih segar dan tenang), Kudzu (menegangkan dan mencerahkan) dan Marshmallow (melembapkan).
  3. Daily Defense Whitening Essence: mencerahkan kulit sambil menghidratkan dan melembutkan kulit. Campuran daripada Bearberry (melegakan dan mengurangkan keradangan kulit), Strawberi Begonia (cerahkan dan imbangkan pigmen), Kacang Soya (kurangkan tompok hitam), Mulberi (cegah kulit daripada kerosakan akibat sinaran cahaya matahari) dan ditambah dengan Vitamin C untuk mengembalikan seri wajah.
  4. Spot Whitening Cream: mencerahkan tompok-tompok jeragat dan untuk wajah lebih sekata. Campuran daripada Likuoris dan Peony (melindungi serta nenghilangkan radang kulit), Cats Claw (memegangkan kulit) dan tambahan Vitamin C
  5. Daytime Whitening Lotion: Mengandungi SPF 15, pelembap yang sangat hebat dan berkesan. Digunakan pada waktu selepasa SWC.Campuran daripada Mulberi dan Mountain Arnica.
  6. Overnight Renewal Whitening Cream: membelai kulit dengan nutrien semulajadi disaat kita tidur, kulit kering jadi lembut, cerah dan berseri pada esoknya. Campuran daripada Linden (suburkan dan menghidrat dari dalam), Scullcap (kurangkan keradangan) dan Vitamin C
  7. Action Make Up Remover: penanggal alat solek yang licin dan tidak berminyak. Campuran daripada Tunas Pokok Bic (hilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan dan Aloe Vera (segar dan tegangkan kulit).





 


Yang dah mencuba set NW ni alhamdulillah berpuasa hati.
Jadi kawan-kawan diluar sana yang mahu mencuba set NW ni boleh menghubungi saya di kedai kekda dan Whatsapp/CALL 0132171534.

Yang nak cuba dengan set asas terlebih dahulu pun Insya Allah saya cuba bantu kawan-kawan.

Yang nak beli dengan lebih jimat pun boleh hubungi saya. Saya akan bagitau cara dia.

MAHAL? ia tahan lama la satu tiub tu kawan-kawan. Ada yang sampai 8 bulan pun ada. Contoh Gentle Deed Foaming Cleanser (150ml) harganya RM125.00. Cara pakainya hanya picit sebesar 10 sen sahaja. Rata-rata yang dah pernah pakai cleanser ni mengatakan ianya boleh tahan selama 8 bulan. Kalau pakai on off on off mau sampai setahun kot. Cuba bahagi dengan 8 bulan. Lebih kurang harganya untuk sebulan RM15.60. 

Nak tengok testimoni? Boleh



Harus diingat, apabila menggunakan apa-apa produk sekalipun, haruslah tahu bahawa produk itu bebas racun dan selamat dan ianya bukan dibawah produk yag diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Juga lebih elok sekiranya amalkan tips penjagan wajah seperti di dalam Video tersebut. Nak wajah lebih sihat dan cantik kan?













No comments:

Post a Comment