Makanan tambahan berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan seseorang dan untuk mencegah daripada penyakit. Apabila datang sesuatu penyakit, baru nak mula mencari vitamin, ia bukan bermaksud penyakit itu akan pulih 100%, tapi ia berfungsi sebagai makanan pelengkap kepada kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita secara harian kerana sekiranya ada mana-mana kekurangan nutrisi dalam pengambilan makanan harian ia BOLEH menyebabkan penyakit.
Sunday, 15 April 2018
SET BUASIR UNTUK IBU HAMIL
PERITNYA BUASIR
APA ITU BUASIR
Juga dikenali sebagai hemoroid dan ia adalah pembengkakan pada vena yang terletak pada di bahagian rektum dan dubur. Ia mudah dikesan apabila saluran dubur membengkak. Buasir terjadi sebab:-
sembelit -dimana najis yang keras akan menyebabkan rektum bekerja keras ketika proses mengeluarkannya dimana kerja keras ini akan membawa kepada pembengkakan pada hujung rektum @ dubur. Pernah mengalami tak? Duduk lama dalam tandas, tunggu sehingga najis keluar, bila lambat keluar, kita paksa dia keluar sampai kena meneran, lepas tu bila keluar, rasa sakit sebab rektum tu dah luka sikit; ATAU
peningkatan berat badan yang menyebabkan tekanan kepada bahagian dalaman rektum bertambah besar seterusnya menyebabkan pembengkakan saluran darah pada rektum.
Peningkatan berat badan ni bukan hanya pada orang biasa tapi juga biasa terjadi kepada ibu hamil terutama yang sudah mencapai trimester 3. Ini kerana peningkatan berat ibu seiring dengan pembesaran bayi dalam kandungan. Saya pernah mengalami buasir semasa hamil anak ke-4 sehinggalah sekarang mengandung anak ke-5. Saya masih ingat, selepas bersalin anak ke-4 masa di bilik bersalin lagi, saya tanya nurse, ada buasir tak? Dia cakap ada, tapi takpe saya masukkan balik ye. Nurse tu cakap. Perasaan saya lega sebab buasir saya tak teruk sangat.
Pernah juga dengar ibu hamil yang ada buasir teruk sampai tak boleh bangun, terpaksa dipapah oleh suami untuk dibawa ke hospital. Buasir ni jika tidak dirawat terlebih awal, ia akan berlarutan sehingga ke proses kelahiran sebab masa tu kita push/teran supaya baby boleh keluarkan? haa macam tu la terjadi pada saya masa kelahiran anak ke-4. Dan ia akan berlarutan sehingga dalam pantang. Ketika pantang, sesetengah ibu takut makan banyak kan? Sebab apa? Sebab takut nak berak. Sebab apa takut berak? takut buasir, bila buasir, luka jahitan selepas bersalin mungkin akan terkoyak atau rasa sakit luka bersalin jadi bertambah sakit bila kita teran.
Orang tua-tua selalu cakap takleh makan banyak, takleh minum banyak sebab nanti kembang. Sebenarnya, kita banyak kehilangan darah semasa bersalin. Kita perlukan air yang mencukupi untuk membantu mengangkut nutrien ke seluruh tubuh agar kita kembali sihat dan bertenaga.
PUNCA-PUNCA BUASIR
1.Kurang minum air Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Dr Sofiah Sulaiman, ibu berpantang seharusnya kena minum lebih banyak air. Kekurangan air menyebabkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah lemak dengan berkesan makan proses turunkan berat badan menjadi sukar. Tanpa air yang cukup, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lemak terkumpul dalam badan.
Kajian juga menunjukkan kekurangan air menyebabkan sembelit selepas bersalin. Juga punca kenapa susu ibu sedikit.
2.Keturunan
3.Mengangkat benda berat
4.Duduk/Mencangkung terlalu lama
5.Batuk yang teruk
6.Cirit Birit
7.Bersalin
CARA UNTUK MENGATASI BUASIR
1. Sentiasa makan makanan yang tinggi fiber
2. Elakkan makanan yang berempah dan pedas
3. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
4. Jangan lengahkan masa untuk ke tandas
5. Amalkan supplement set buasir shaklee
Kalau nak tau set buasir ni sesuai untuk:-
1. ibu hamil
2. ibu dalam pantang (juga antara supplement dalam pantang)
3. orang biasa
SUPPLEMENT SHAKLEE UNTUK BUASIR
OSTEMATRIX - ada 120 biji, diambil 4 biji sehari sebelum tidur, tahan selama 1 bulan, harga RM61.25
OMEGAGUARD-ada 90 biji, diambil 3 biji sehari, tahan selama 3 bulan, harga RM136.25
ZINK COMPLEX- ada 120 biji, diambil 1biji sehari, tahan selama 4 bulan (belum ada stok)
VITALEA-ada 120 biji, diambil 2 biji sehari, tahan selama 2 bulan, harga RM93.75
Vitalea ni multivitamin. Ia juga mengandungi Zinc Complex yang bertindak untuk kesuburan, rambut gugur dan mempercepatkan penyembuhan luka. Sekiranya Zinc Complex tiada stok, kita boleh menggantikannya dengan VITALEA.
TESTIMONI 1 SET BUASIR
MENGAMBIL OMEGA, OSTE & ZINC
TESTIMONI 2 SET HAMIL
Kerana set buasir juga adalah tergolong dalam set hamil, set pantang dan set menyusu.
Sekiranya memerlukan konsultasi lebih lanjut berkenaaan buasir dan ingin mencuba set buasir shaklee, boleh menghubungi saya di 0176478272.
No comments:
Post a Comment