SISTEM IMUN DAN BAGAIMANA TINGKATKAN IMUNITI BADAN
Takpela, dia antibodi kuat sebab tu dia jarang sakit. Biasa dengar kan? Jarang sakit ke, tak pernah sakit ke, tetap kena jaga atau pastikan sistem kekebalan tubuh kita berfungsi dengan sepenuhya.
'Imun' membawa maksud kekebalan.
'Sistem imun' bererti sistem kekebalan yang dapat melawan dan melindungi tubuh dari pelbagai serangan penyakit seperti jangkitan virus, kuman, dan bakteria.
Ia adalah barisan pertahanan yang utama apabila badan dimasuki kuman, virus, bakteria atau toksin.
Ia adalah sel khas@organ yang memberi respon terhadap bendasing.
Penyebab sistem imun lemah
- Kurang atau tak cukup tidur
- stress atau tertekan
- Pencemaran udara persekitaran termasuk dikelilingi perokok (asap rokok)
- Kurang nutrisi dan tidak mengamalkan pemakanan sihat
- Makanan yang tidak seimbang, tubuh kekurangan zat yang diperlukan
- Terlalu bergantung pada pengambilan ubat-ubatan seperti antibiotik dan tahan sakit.
- Tidak mengamalkan pengambilan supplemen sebagai top up untuk kesihatan
- Penggunaan bahan bahan sintetik
Kita terdedah dengan beribu mikrob melalui pernafasan, sentuhan, objek, makanan dan persekitaran. Kuman dan mikrob menyerang kita pada sesuatu masa terutama jika tubuh kekurangan interferon, keletihan, stress, flu, batuk, alergi, asthma, ekzema dan lain-lain.
Kesan sekiranya sistem imun lemah
- kerap sakit
- banyak alergik
- stress sentiasa
- hormon tak stabil
- melambatkan baikpulih kesihatan
Oleh itu, sangat penting untuk kita meningkatkan keupayaan sistem imun agar dapat bekerja dengan baik pada tubuh. Jika sistem imun bekerja dengan sempurna pada tubuh, kita tidak mungkin mudah dijangkiti virus atau pelbagai penyakit yang menular.
Cara tingkatkan imuniti badan
- amalkan pemakanan seimbang
- pengambilan air masak 3liter sehari
- amalkan gaya hidup sihat
- elakkan menggunakan produk yang ada mengandungi bahan kimia
- elakkan persekitaran yang tercemar
- kawal stress
- tidur yang cukup
- sentiasa buat saringan kesihatan
- jauhi merokok
- amalkan supplement @ produk kesihatan yang selamat dan berkesan @ set immune booster
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Sebarang pertanyaan atau ingin mendapat konsultasi boleh terus menghubungi saya di WhatSAPP www.wasap.my/60132171534
Sebarang pertanyaan atau ingin mendapat konsultasi boleh terus menghubungi saya di WhatSAPP www.wasap.my/60132171534
Fb: rul aida muda
Fb page: vitaminsihatcergas
Ig : raidarizal
COD: Teluk Intan, Langkap, Simpang Empat, Bagan Datok, Kg Gajah
POS: Seluruh Malaysia
Ig : raidarizal
COD: Teluk Intan, Langkap, Simpang Empat, Bagan Datok, Kg Gajah
POS: Seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment